Wednesday 5 September 2012

Tumbuhan Emas


Kelapa Sawit Bab 2

 

Botani Akar

Tumbuhan monokotilidon- akar serabut
Akar primary (6-10mm garispusat) keluar dari dasar batang sehingga 20 m panjang.
Akar sekunder (2-4 mm garis pusat) – akar tertiaries (0.7-1.2 mm garis pusat) – akar quarternaries (0.1- 0.3 mm garis pusat).
Akar quarternaries panjangnya 1-4mm adalah akar penyerap utama (air & nutrien)

Botani Batang

Pada peringkat awal pertumbuhan pokok adalah untuk pangkal pokok yg luas.

Batang pokok terbentuk selepas umur tiga tahun.

Pertambahan ketinggian 35-75 cm/tahun berdasarkan faktor genetik & alam sekitar.

Diameter batang: 20-75 cm. Deli dura ialah diantara 45-60 cm.

Mempunyai tiga fungsi utama

a)      Penyokong pelepah

b)      Menyediakan sistem vaskular pusat

c)       Tempat simpanan makanan dalam bentuk karbohidrat dan gula

45-60 cm garis pusat ,tunggal tak bercabang di pengaruhi genetik ,pertumbuhan 0.5-0.7m/tahun , silinder vaskular pusat - angkut air, nutrien ,batang pokok sawit akan meninggi tak lagi besar , maka pkt awal penting ‘girth size’pemilihan pkt nurseri penting untuk mendapatkan pokok  yang sihat.

Botani Daun/Pelepah

Terdapat 40-50 pelepah yang terbuka dan ditengah umbut terdapat 40-50 pelepah didalam pelbagai peringkat pembentukan.

Jenis daun adalah simple-pinnate: terdiri dari  rachis, petiole & helaidaun disusun secara semetri dikedua sisi pelepah.

Bagi pokok 1-2 tahun keluarkan sehingga 40 pelepah/tahun. Selepas itu 18-24 pelepah setahun. Di kawasan subur pengeluaran pelepah adalah tinggi.

Botani Pembiakan

Jambak bunga  sawit ialah jenis sejantina (monoecious) di mana bunga jantan & bunga betina adalah berasingan tetapi pada pokok yang sama.

Jambak bunga keluar dari celah pelepah

Jambak bunga Hermaphrodite (bunga betina & bunga jantan dalam jambak yang sama) biasanya terdapat semasa permulaan pengeluaran jambak bunga

Jambak bunga jantan berupa seperti jari (spikelet) antara 12-20 cm panjang. Terdapat 200 spikelet/jambak bunga

Bunga  jantan mempunyai debunga berwarna kuning keputihan dan mengorak dari pangkal kehujung bagi tiap-tiap spikelet. Jumlah pollen/jambak bunga: 25-50g bergantung saiz bunga.

Semasa mengorak berbau jintan manis & masa mengorak 2-3 hari

Jambak bunga betina berbentuk kudup 24-45 cm panjang & mempunyai beberapa ribu bunga dari 200-300 spikelet

Bunga betina mengorak dalam 3-5 hari, warna putih kekuningan dan berubah coklat merah jambu selepas mengorak. Mengorak tidak serentak, bermula dari bahagian atas kebawah. Bau jintan manis

Serangga pendebungaan: Elaeidobius kamerunicus

 





Bersambung................
 
Mencari bahan bacaan untuk meningkatkan ilmu, menjana pendapatan mahupon hal ehwal rumah tangga di bawah ini beberapa pautan untuk anda beli buku secara online......promosi akan di tunjukan sila kepautan yang di cari

Kelapa Sawit



 

Toksonomi

Kelapa sawit       :Elaeis Guineensis
Keluarga/Famili :Palmae
Sub Famili            :Cocoideae
Gunes                   :Elaeis

Sejarah Kelapa Sawit
Asal-usul dari Afrika Barat
Pengenalan palma ke Asia Tenggara berasal dari empat anak benih (2 dari Mauritius dan 2 lagi dari Amsterdam) yang ditanam di Taman Botani Bogor, Jawa – Tahun 1848
Pada mulanya sebagai tanaman hiasan di Rantau Panjang, K. Selangor– 1911 & 1912 benih Deli dura dari Deli, Sumatra.
1917 B/benih dari Rantau Panjang ditanam di estet Tanamaran & Estet Elmina (1920).
1925 – keluasan 3348 ha & pada 1938 bertambah – 29,196 ha

Kesesuaian iklim

Hujan tahunan 1500 mm-3500 mm setahun     (150 mm/bulan), tidak ada musim kering yang nyata.
Kelembapan udara 80%.
Suhu maksima 29-33 oC & Minima 22-24 oC.
Cahaya matahari berterusan lebih 6 jam/hari.
Kawasan sesuai untuk tanaman sawit; kawasan beriklim tropika di Asia Tenggara, India, Afrika dan Amerika Latin.
Di ketinggian sehingga 300 m dari aras permukaan laut

Bahan Tanaman
Jenis Buah (Elaeis Guineensis) : Dura, Tenera & Pisifera
Bahan Tanaman Komersial : DxP (Tenera) Hybrid antara Dura x Pisifera
Dura selaku induk Betina Pisifera selaku induk Jantan

Apakah Dura,Tenera & Pisifera?

 
                             
l  Tempurung tebal (2-8mm)l  Tiada sabut keliling biji l  Mesokarp (20-65%)l  Tempurung (25-50%)l  Isirong (4-20%)l  Nisbah minyak/tandan (17-18%)

                                
l  Tiada tempurung l  Terdapat gelang sabut keliling biji l  Mesokarpa (92-97%)l  Isirong (3-8%)
l  Nisbah minyak/tandan adalah tinggi tetapi pokoknya mempunyai bunga betina yang mandul
 
l  Tempurung  nipis l  Terdapat gelang sabut sekeliling biji l  Mesokarpa (60-96%)
l  Tempurung (3-20%)l  Isirong (3-8%)l  Nisbah minyak/tandan (>22%)

Bersambung bahagian 2........................

Saya akan ceritakan tentang kelapa sawit pada masa akan datang. sekitanya anda berminat membeli buku tetapi tiada masa dan mungkin buku yang anda ingankan membuat anda segan untuk membelinya di kuanter boleh melayari laman di bawah.. beli secara online. mudah dan senang