Wednesday 5 September 2012

Tumbuhan Emas


Kelapa Sawit Bab 2

 

Botani Akar

Tumbuhan monokotilidon- akar serabut
Akar primary (6-10mm garispusat) keluar dari dasar batang sehingga 20 m panjang.
Akar sekunder (2-4 mm garis pusat) – akar tertiaries (0.7-1.2 mm garis pusat) – akar quarternaries (0.1- 0.3 mm garis pusat).
Akar quarternaries panjangnya 1-4mm adalah akar penyerap utama (air & nutrien)

Botani Batang

Pada peringkat awal pertumbuhan pokok adalah untuk pangkal pokok yg luas.

Batang pokok terbentuk selepas umur tiga tahun.

Pertambahan ketinggian 35-75 cm/tahun berdasarkan faktor genetik & alam sekitar.

Diameter batang: 20-75 cm. Deli dura ialah diantara 45-60 cm.

Mempunyai tiga fungsi utama

a)      Penyokong pelepah

b)      Menyediakan sistem vaskular pusat

c)       Tempat simpanan makanan dalam bentuk karbohidrat dan gula

45-60 cm garis pusat ,tunggal tak bercabang di pengaruhi genetik ,pertumbuhan 0.5-0.7m/tahun , silinder vaskular pusat - angkut air, nutrien ,batang pokok sawit akan meninggi tak lagi besar , maka pkt awal penting ‘girth size’pemilihan pkt nurseri penting untuk mendapatkan pokok  yang sihat.

Botani Daun/Pelepah

Terdapat 40-50 pelepah yang terbuka dan ditengah umbut terdapat 40-50 pelepah didalam pelbagai peringkat pembentukan.

Jenis daun adalah simple-pinnate: terdiri dari  rachis, petiole & helaidaun disusun secara semetri dikedua sisi pelepah.

Bagi pokok 1-2 tahun keluarkan sehingga 40 pelepah/tahun. Selepas itu 18-24 pelepah setahun. Di kawasan subur pengeluaran pelepah adalah tinggi.

Botani Pembiakan

Jambak bunga  sawit ialah jenis sejantina (monoecious) di mana bunga jantan & bunga betina adalah berasingan tetapi pada pokok yang sama.

Jambak bunga keluar dari celah pelepah

Jambak bunga Hermaphrodite (bunga betina & bunga jantan dalam jambak yang sama) biasanya terdapat semasa permulaan pengeluaran jambak bunga

Jambak bunga jantan berupa seperti jari (spikelet) antara 12-20 cm panjang. Terdapat 200 spikelet/jambak bunga

Bunga  jantan mempunyai debunga berwarna kuning keputihan dan mengorak dari pangkal kehujung bagi tiap-tiap spikelet. Jumlah pollen/jambak bunga: 25-50g bergantung saiz bunga.

Semasa mengorak berbau jintan manis & masa mengorak 2-3 hari

Jambak bunga betina berbentuk kudup 24-45 cm panjang & mempunyai beberapa ribu bunga dari 200-300 spikelet

Bunga betina mengorak dalam 3-5 hari, warna putih kekuningan dan berubah coklat merah jambu selepas mengorak. Mengorak tidak serentak, bermula dari bahagian atas kebawah. Bau jintan manis

Serangga pendebungaan: Elaeidobius kamerunicus

 





Bersambung................
 
Mencari bahan bacaan untuk meningkatkan ilmu, menjana pendapatan mahupon hal ehwal rumah tangga di bawah ini beberapa pautan untuk anda beli buku secara online......promosi akan di tunjukan sila kepautan yang di cari

Kelapa Sawit



 

Toksonomi

Kelapa sawit       :Elaeis Guineensis
Keluarga/Famili :Palmae
Sub Famili            :Cocoideae
Gunes                   :Elaeis

Sejarah Kelapa Sawit
Asal-usul dari Afrika Barat
Pengenalan palma ke Asia Tenggara berasal dari empat anak benih (2 dari Mauritius dan 2 lagi dari Amsterdam) yang ditanam di Taman Botani Bogor, Jawa – Tahun 1848
Pada mulanya sebagai tanaman hiasan di Rantau Panjang, K. Selangor– 1911 & 1912 benih Deli dura dari Deli, Sumatra.
1917 B/benih dari Rantau Panjang ditanam di estet Tanamaran & Estet Elmina (1920).
1925 – keluasan 3348 ha & pada 1938 bertambah – 29,196 ha

Kesesuaian iklim

Hujan tahunan 1500 mm-3500 mm setahun     (150 mm/bulan), tidak ada musim kering yang nyata.
Kelembapan udara 80%.
Suhu maksima 29-33 oC & Minima 22-24 oC.
Cahaya matahari berterusan lebih 6 jam/hari.
Kawasan sesuai untuk tanaman sawit; kawasan beriklim tropika di Asia Tenggara, India, Afrika dan Amerika Latin.
Di ketinggian sehingga 300 m dari aras permukaan laut

Bahan Tanaman
Jenis Buah (Elaeis Guineensis) : Dura, Tenera & Pisifera
Bahan Tanaman Komersial : DxP (Tenera) Hybrid antara Dura x Pisifera
Dura selaku induk Betina Pisifera selaku induk Jantan

Apakah Dura,Tenera & Pisifera?

 
                             
l  Tempurung tebal (2-8mm)l  Tiada sabut keliling biji l  Mesokarp (20-65%)l  Tempurung (25-50%)l  Isirong (4-20%)l  Nisbah minyak/tandan (17-18%)

                                
l  Tiada tempurung l  Terdapat gelang sabut keliling biji l  Mesokarpa (92-97%)l  Isirong (3-8%)
l  Nisbah minyak/tandan adalah tinggi tetapi pokoknya mempunyai bunga betina yang mandul
 
l  Tempurung  nipis l  Terdapat gelang sabut sekeliling biji l  Mesokarpa (60-96%)
l  Tempurung (3-20%)l  Isirong (3-8%)l  Nisbah minyak/tandan (>22%)

Bersambung bahagian 2........................

Saya akan ceritakan tentang kelapa sawit pada masa akan datang. sekitanya anda berminat membeli buku tetapi tiada masa dan mungkin buku yang anda ingankan membuat anda segan untuk membelinya di kuanter boleh melayari laman di bawah.. beli secara online. mudah dan senang






Thursday 31 March 2011

OOPART

31/03/2011 Ada banyak artifak-atifak yang ada dalam dunia ni, tetapi balam banyak2 tu ada atifak yang tidak sesuai dengan zamannya,ini kerana atifik itu dihasilkan degitu sempurna tidak sempadan teknologi yang ada pada zaman itu.Atifak ini dikenali sebagai OOPART (Out of Place Aftifak), Tengkorak Kristel @ Crystal Skull, merupakan barang peningalan bangsa maya di daerah Yacatan,Mexico,Bangsa Maya juga telah meramalkan sesuatu akan berkaku pada bumi 2012, banyak rasia dalam kaum ini, reka bentuk tengkorak ini amat teliti dan sempurna sehingga pengkaji mengandaikan adalah mustahil barang2 ini di hasilkan lebih2 lagi ia dihasilkan dari batu permata Amesthyst, pada masa kini pun susah untuk mengukir batu permata ini.
Selain itu tulisan Hiroglif peradaban kuno mesir sebelum masihi, enehnya tulisan ini terkandung berbagai jenis kenderaan udara, yang ada pada masa kini.banyak lagi benda yang dianggap ajib kerana kita tak dapat tahu jawapannya.

Monday 28 March 2011

Kemalangan

28hb032011.... hari ni seperti hari2 isnin pagi yang biasa, aku keluar rumah seawal pagi untuk ke tempat kerja..... jam 6.00 pagi, setelah mengucapkan selamat pagi kepada isteri ku, ku pandu kerata waja ku dengan penuh kuasa untuk sampai ke pejabat. ada mesyuarat jam 8.30, jarak rumah ku kepejabat lebih kurang 80km, biasanya kalau awal pagi ni cepat sikit sampai 45 minit ke 60 minit sampai la, memang laju jugak aku pandu kereta biasanya, itupun kalau jalan tu lengang la, mengikut kemampuan kereta aku yang tidak di ubah suai ni 110km/jam ni biasa je..kekadang jejak jugak la 150km/jam aku pandu..tiba sahaja perkampungan F @ AT3 aku dapat rasakan kereta di hadapan ku (kerata K) akan melangar kereta yang akan keluar dari kampung AT3, aku pun memperlahankan kerata waja ku, jangkaan ku tepat apabila kerita K melangar kerata M, ia lelangar bahagian belakang kerata M, mengakibatkan kerata M melambung dan terpusing memasuki lorong sebelah, Tidak di sangka sebuah kerata FM darang dari arah bertentang dgn ku, tidak dapat mengawal keratanya lalu melangar kerata M, tanpa di sengaja kan kerata FM tadi juga turut melangar kerata ku..... bergegar sedilit kepala ku dibuatnya...haaaaaaaaaaaaaaaaa jahanam, habis bahagian hadapan kerata ku.. la ni aku tak ada kerata ... bila la akan keluar kerata ku tu.....kata org kemalangan tidak berbau.. aku dah cuba untuk tidak terlibat dgn kemalangan tu, tapi apa daya ku.. sukur juga la aku selamat...

Wednesday 23 March 2011

Lawatan...RGM

23hb 03 2011, hari ni dua rgm ku melawat tempat aku berkerja, terasa tenson jugak la aku, mana taknya banyak soalan yang di tanya, layankan je la..... aku biasa la bab2 mengoring ni, kalau cukup rencahnya boleh la, kalau tak serah diri jela...selesai majlis kat umah emak bapak aku, penat juga aku rasa... tapi cerita belakang tabir hebat juga aku dengar,ada yang lucu ada yang tak sedap didengar apa2 pun dah lepas biar la ia menjadi memori....terima kasih ku ucapkan kepada semua yang terlibat, kita semua adalah pelakon yang mana watak utamanya adalah diri kita sendiri, yang akan di adili oleh Tuhan mu...................

Monday 14 March 2011

Penuh Kesabaran..

14/03/2011 Macam hari2 berkerja yang lain, sampai di pejabat aku di sambut dengan masalah, awal minggu pun dah mula dengan masalah... berkerja makan gaji macam aku ni memang di bayar utk selesaikan masalah..semalan hantar adik ku (Ap) ke majlis perkahwinan dia kat ulu pulai..... meriah, hubungan Ap dgn abg dia (Z) nampak baik je...peribahasa ada mengatakan air di cincang tak kan putus..dalam ketenangan itu ada la juga badai kecil yang melanda...persedian kat rumah emak bapak aku dah bermula, hari ni dia orang hanta balai, rebus telur...dalam masa yang sama aku & rakan  ku (Atn) pergi la kedai membuat baju untuk di pakai hari sabtu ni, dah la tak siap, cakap belagak pulak tu....ikut hati ni nak je aku belah buat bodoh je...di fikirkan dia orang melayu yang nak mula betapak, aku beli juga la baju lain kat kedai dia walau pun kurang...sehari sebelum majlis Ap..aku la lalai sangat letak ketar kat luar garah, dengan tak tutup tingkap, penuh keyakinan aku masuk rumah untuk besama isteri yang tercinta, maklum la baru berjumpa..... aku bangun pagi je... habis semua basah.. aku ingat, aku yang basah, rupanya kerata aku penuh air hujan yang lebat mlm tu selebat aku juga... ni mungkin kes tak sabar kod......... : D

Thursday 10 March 2011

Hari ini....Cerita Ku

10.03.2011 Lewat bangun... tido kul 2.30 pagi.. layan internet konon nak bayar samaaaan, tak boleh lak.. hari ni semua kakitangan ku pakai baju koprat...cantik jugak aku tengok dah macan pegawai kesehatan la pulak..opsss aku lupa la, yang aku kerja dalam sektor pertanian, pagi nak melawat kebun... banyak masalah, sebagai ketua aku harus selesaikan semuanya...saman pun dah selesai itu pun nasib..petang ni hujan dah tiga hari macam ni, misi semalam gagal untuk mencari van  menghantar orang2 kat sini pergi majlis perkahwinan adik ku pada hari ahad .....sekarang ni dia orang ada masalah sesama pening aku nak fikir, sorang lagi belajar kat uitm tak dapat balik... tengah sedih la tu.Orang rumah ku seorang pendidik duduk kat jb esok hari jumaat baru ambik dia balik rumah so hari ni wa lawan sorang2 je la.....mungkin sebab tu wa lambat dapat cahaya mata kod, dan mungkin belum ada rezekinya.......