Wednesday 5 September 2012

Tumbuhan Emas


Kelapa Sawit Bab 2

 

Botani Akar

Tumbuhan monokotilidon- akar serabut
Akar primary (6-10mm garispusat) keluar dari dasar batang sehingga 20 m panjang.
Akar sekunder (2-4 mm garis pusat) – akar tertiaries (0.7-1.2 mm garis pusat) – akar quarternaries (0.1- 0.3 mm garis pusat).
Akar quarternaries panjangnya 1-4mm adalah akar penyerap utama (air & nutrien)

Botani Batang

Pada peringkat awal pertumbuhan pokok adalah untuk pangkal pokok yg luas.

Batang pokok terbentuk selepas umur tiga tahun.

Pertambahan ketinggian 35-75 cm/tahun berdasarkan faktor genetik & alam sekitar.

Diameter batang: 20-75 cm. Deli dura ialah diantara 45-60 cm.

Mempunyai tiga fungsi utama

a)      Penyokong pelepah

b)      Menyediakan sistem vaskular pusat

c)       Tempat simpanan makanan dalam bentuk karbohidrat dan gula

45-60 cm garis pusat ,tunggal tak bercabang di pengaruhi genetik ,pertumbuhan 0.5-0.7m/tahun , silinder vaskular pusat - angkut air, nutrien ,batang pokok sawit akan meninggi tak lagi besar , maka pkt awal penting ‘girth size’pemilihan pkt nurseri penting untuk mendapatkan pokok  yang sihat.

Botani Daun/Pelepah

Terdapat 40-50 pelepah yang terbuka dan ditengah umbut terdapat 40-50 pelepah didalam pelbagai peringkat pembentukan.

Jenis daun adalah simple-pinnate: terdiri dari  rachis, petiole & helaidaun disusun secara semetri dikedua sisi pelepah.

Bagi pokok 1-2 tahun keluarkan sehingga 40 pelepah/tahun. Selepas itu 18-24 pelepah setahun. Di kawasan subur pengeluaran pelepah adalah tinggi.

Botani Pembiakan

Jambak bunga  sawit ialah jenis sejantina (monoecious) di mana bunga jantan & bunga betina adalah berasingan tetapi pada pokok yang sama.

Jambak bunga keluar dari celah pelepah

Jambak bunga Hermaphrodite (bunga betina & bunga jantan dalam jambak yang sama) biasanya terdapat semasa permulaan pengeluaran jambak bunga

Jambak bunga jantan berupa seperti jari (spikelet) antara 12-20 cm panjang. Terdapat 200 spikelet/jambak bunga

Bunga  jantan mempunyai debunga berwarna kuning keputihan dan mengorak dari pangkal kehujung bagi tiap-tiap spikelet. Jumlah pollen/jambak bunga: 25-50g bergantung saiz bunga.

Semasa mengorak berbau jintan manis & masa mengorak 2-3 hari

Jambak bunga betina berbentuk kudup 24-45 cm panjang & mempunyai beberapa ribu bunga dari 200-300 spikelet

Bunga betina mengorak dalam 3-5 hari, warna putih kekuningan dan berubah coklat merah jambu selepas mengorak. Mengorak tidak serentak, bermula dari bahagian atas kebawah. Bau jintan manis

Serangga pendebungaan: Elaeidobius kamerunicus

 





Bersambung................
 
Mencari bahan bacaan untuk meningkatkan ilmu, menjana pendapatan mahupon hal ehwal rumah tangga di bawah ini beberapa pautan untuk anda beli buku secara online......promosi akan di tunjukan sila kepautan yang di cari

No comments:

Post a Comment